Saturday, May 5, 2012

TEMPAT MENARIK UNTUK HOLIDAY!!!

Assalamualaikum...yuhuu..dapat jugak up entri baru..dah beberapa hari tangguh..hahaha..okay..memandangkan cuti sekolah akan bermula hujung bulan ni so dah confirm lah mak bapak yang diluar sana sibuk dok search kat internet mana tempat-tempat menarik untuk bawak anak-anak mereka holiday cuti sekolah nanti..malam ni aku nak cerita sikit pasal tempat holiday yang pernah aku pergi dengan family aku..tempat ni aku pergi masa tu aku tingkatan 3..walawey..dah 3 tahun dah..hahaha..tapi..tempat dia memang menarik..tempat tu dekat Pahang..mana lagi kalau tak bukan Cherating..hahaha..masa dekat Cherating,aku dengan family aku tinggal dekat Legend Resort Cherating..resort tu memang cool..swimming pool dia dekat dengan pantai..so kalau dah rase badan tu dah penuh dengan pasir pantai tu..terjun je dalam swimming pool..sumpah swimming pool dia besar..batak sekejap..hahaha..okay..aku memang puas hati tinggal dekat resort tu..sebab apa??sebab dia ada macam-macam kemudahan..bagi yang gila online dan tak boleh berenggang dengan laptop macam aku jangan risau..sebab resort tu ada sediakan kemudahan Wi-Fi..so korang boleh lah online selama mana korang nak ..selain tu..bagi yang teringin sangat nak berbasikal, pihak resort dah sediakan kemudahan untuk menyewa basikal dengan harga yang berpatutan..jangan tanya aku berapa dia orang charge untuk sewa basikal tu..sebab apa??sebab aku dah lupa..hahaha..so kesimpulannya korang boleh lah sewa basikal dekat resort tu untuk pusing-pusing keliling resort..bagi yang suka aktiviti sukan air..korang boleh lah main jet ski..ataupun naik banana bot..memang best..tapi peringatan dekat korang yang suka main dekat pantai..pasir dekat pantai resort tu makan orang tau..so be carefull and don't be careless..okay..haaa..bagi yang suka gila karaoke..ni bonus untuk korang..sebab pihak resort ada sediakan bilik untuk karaoke..apa lagi..bila check in je terus booking bilik karaoke tu..hahaha..sebenarnya banyak lagi kemudahan dan kelebihan yang Legend Resort sediakan..dan semuanya menarik-menarik belaka..konklusinya..resort tu menyediakan semua kemudahan yang lengkap dan menarik untuk korang bercuti..so bagi korang yang berminat nak holiday dekat sana boleh lah search www.cheratinglegendresort.com...ni dia..aku sediakan gambar-gambar menarik dekat Legend Resort Cherating..enjoy the holiday bebzz..
port ni best bagi yang nak layan angin sepoi-sepoi

swimming pool dia..mak oii..i like..!!!

ni..pintu masuk dia..kelas kan..hehehe

ni tepi pantai..aktiviti bola tampar pantai memang best kalau buat kat sini

suka kan cabaran??main lah jet ski..hahaha
okay lah bebzz..insyaallah entri akan datang aku akan up cerita yang best-best lagi okay..bye..

No comments:

Post a Comment