Thursday, May 17, 2012

OTAK!!!!

Assalamualaikum...yuhuuu..wahh..rajinnye aku update entri kan..hahaha..dah start dah..koya sungguh aku ni...haaa???koyak??aiyooo..bukan koyak lah sayang..tapi koya...ape koya tu??koya tu perasan..hahaha..okay..macam biasa..malam ni aku nak cerita  sikit pasal..pasal ape ekk..hahaha..pasal otak...korang mesti nak cakap ape hal pulak nak cerita pasal otak..amboii..sebenarnya aku nak share sikit pengetahuan yang baru je aku dapat...terdapat 8 amalan yang selalu kita buat yang boleh mengakibatkan otak kita rosak..dan aku adalah salah seorang daripadanya...hahaha..terpancar kesengalannya kan..okay..sebelum aku mulakan sesi karut mengarut ni baik aku bagi tau apa dia 8 amalan songsang tu..eh...salah..amalan bahaya..katanya..

8 AMALAN YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

1.TERLEBIH MAKAN
   Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


2.MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
  Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

3.PEROKOK
   Asap rokok mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4.BANYAK TIDUR
  Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


5.PENCEMARAN UDARA
 Otak adalah pengguna oksigen terbesar di dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6.KURANG BERIMAGINASI
 Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.

7.TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
 Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

8.JARANG BERFIKIR
 Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak kita.

haa...amacam..salah satu perkara yang dekat atas ni mesti korang selalu buatkan..ohh..relaks...sebab ape??sebab aku pun buat benda yang sama jugak..hahahaha..okay lepas ni tak mau buat lagi..aku sayang otak aku..walaupun otak aku tak berapa pandai tapi aku tetap sayang tau..wahaha...okay...setakat ni dulu entri aku untuk malam ni je..esok-esok aku update entri baru ekk..Salam..

No comments:

Post a Comment