Sunday, May 13, 2012

IBU..I LOVE U

Assalamualaikum..yuhuuuu..okay..entri hari ni pasal hari ibu...bukak je FB...semua update pasal hari ibu..ada yang wish kat ibu dorang..ada yang cerita pasal kenangan dengan ibu dorang..tak terkecuali aku..aku pun nak lah jugak update pasal hari ibu kan..*err..jeles lah dengan status orang lain..kan..* eh...aku dah mula mengarut dah...okay..berbalik pada tajuk utama..hari ibu kan..okay..berape banyak okay lah kan...hahahah..sambutan hari ibu ni dikatakan haram kerana pada hari tersebut adalah hari sambutan hari ibu bagi agama kristian..

tapi jabatan mufti selangor telah mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu..antaranya..
1.Sambutan yang sederhana dan tidak membazir.
2.Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3.Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah , majlis tahlil , doa selamat dan sebagainya.
4.Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang di pikul selama ini.
5.Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik untuk anak-anaknya.
6.Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7.Mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan parenting skills.

So..kesimpulannya..hari ibu ni boleh disambut tapi berpada-pada lah..jangan secara keterlaluan..hari ibu ni tak payah nak tunggu bulan may je baru lah dok kecoh-kecoh nak sambut..hari-hari biasa pun boleh sambut..pengorbanan ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari...dia menanggung sakit pinggang ,sakit kaki , dan sebagainya kerana mengandungkan kita..itu tak kira lagi masa nak melahirkan kita..bertarung nyawa..boleh dikatakan semasa seorang ibu itu nak melahirkan anak dia diibaratkan sedang berada di medan perang..andai kata mereka meninggal semasa melahirkan anak..mereka dikira sebagai mati syahid..masyaallah...besarnya pengorbanan seorang ibu...insaf aku..huuu...teringat pulak dekat arwah ibu aku yang dah kembali kepada penciptanya 3 tahun lepas disebabkan penyakit ADVANCED BREAST CANCER tahap 4..sebagai seorang anak..aku bukannya seorang anak yang baik..banyak jasa ibu aku yang belum sempat aku balas..dulu aku selalu tak nak dengar cakap ibu aku..time tu acah-acah fikir diri tu bagus sangat lah..pada hal..nan hado je..dulu..ibu aku selalu pesan.."belajar masak..nanti senang nak makan..tak payah nak harap orang masak untuk kau.." tapi aku buat dek je..eh..tapi aku dah boleh masak lah..bukan apa..malas je nak masuk dapur..hahaha..lepas tu aku ni dulu selalu lawan cakap ibu aku...kalau ibu aku membebelkan aku..mesti ada je jawapan aku..nampak sangat aku ni suka menyenyeh..hahahaha..tapi..aku mula berubah bila ibu aku dah tak boleh berjalan dan kalau nak bergerak menggunakan kerusi roda..sejak daripada tu..aku mula rasa sesuatu , aku mula belajar masak....tapi time tu aku memang tak tahu yang ibu aku ada kanser..sebab ibu aku ni jenis suka rahsiakan penyakit dia..kesihatan ibu aku semakin hari semakin menurun..sampai satu tahap ibu aku dah terlantar dan dah tak mampu nak bercakap..bila ibu aku dibawak ke hospital , dokter dah sah kan ibu aku ada kanser payudara tahap 4..dan sel kanser tu dah sampai ke otak..masa tu aku cuba fikir positif yang ibu aku akan sembuh walaupun hakikat nya bukan macam apa yang aku fikir..hari ketiga ibu aku dekat hospital adalah hari yang betul-betul buat aku sedih..pada hari tu..dokter check ibu aku..dokter tu kata ibu aku dah tak da harapan hidup..dan dorang nak cabut bantuan pernafasan ibu aku..sumpah..masa tu aku rasa nak je humban dokter tu dari tingkat 3 hospital tu..lemah lutut aku bila tengok ibu aku dah kaku tak bernyawa lagi..masa tu aku mula ingat balik apa yang ibu aku selalu pesan dekat aku..orang kata..bila kita dah rasa kehilangan tu..baru kita sedar betapa pentingnya seseorang tu dalam hidup kita..semenjak dari hari tu sampai lah sekarang..penyesalan masih  ada dalam hati aku..satu je aku nak pesan..hargai lah ibu korang selagi masih ada hayat dia...
Walawey..dah masuk babak sedih ni yang tak tahan ni..perghhh..meleleh air mata siot..okay lah..apa-apa pun SELAMAT HARI IBU buat semua ibu yang ada dimuka bumi ni...terutamauntuk arwah ibu aku yang paling aku sayang..."ibu..adik sayang ibu walaupun ibu dah tak de depan mata adik..tapi ibu selalu ada dalam hati adik..love u ibu.."
Al-Fatihah for may beloved late mother..

No comments:

Post a Comment