Monday, October 22, 2012

EHH..SIAPA NIIII?????

Assalamualaikum uollssssssssssssss

ahah..tajuk entri dah menimbulkan kecelaruan akal dan fikiran..bukan korang je...aku pun rase bende yang sama..alalalala...(statement puake haku..)..well..hari ni mood aku tengah BAEEKKK PUNYERR..so aku teringin nak tulis entri pasal diri sendiri..kenapa??sebab takkan ada satu makhluk pun yang nak tulis entri pasal aku..ahahah..so dengan cara menulis entri pasal diri sendiri, dapat lah merasa yang aku ni SOMEBODY..walaupun tak berapa nak SOMEBODY SANGAT..tuii..

SIAPA AKU???

Aku adalah seorang manusia..of course lah manusia..(ya allah..apalah aku merepek ni)..err..mungkin aku dah terbiasa orang panggil aku alien..so aku keliru aku ni manusia ke alien..okehhh..continue..aku keluar dari rahim ibu aku pada 24 JANUARI 1994 sebagai anak perempuan tunggal kepada ENCIK NURMAN BIN MOCHTARUDDIN dan PUAN ALIAH BINTI SIDEK..hobi aku ni sangat lah normal..pada aku lah..tapi kalau pada orang lain..sangat abnormal..ape yang pelik sangat kalau aku mampu makan sebungkus nasi kerabu dan sebungkus kue tiaw goreng serentak..it's cool man..walaweyyy..tak payah nak pelik kalau korang tengok muka aku dah semakin kembang setaman..acah-acah tengah bahagia dengan boyfriend lah konon..tapi tekanan dan jkepenatan belajar yang buat aku semakin kuat makan..normal lah tu derrr...FYI..aku ni student biasa-biasa je..aku merupakan seorang MAHASISWA yang memang tak nampak gaya macam MAHASISWA..nampak tak aku ni low profile..kalau tak nampak, korang buat-buat lah nampak..aku berMAHASISWA dekat UiTM Seri Iskandar..kalau korang tak tau dekat ceruk mana lah pulak letaknya Seri Iskandar tu..sila gunakan khidmat pakcik GOOGLE..hahah..aku pelajar diploma jurusan pengurusan dan teknologi pejabat atau nama glamor dia OM..kiranya skop kerja aku terarah kepada menguruskan pejabat dan menjadi setiausaha yang berjaya...wahhhh..ayat nak melangit je aku..kann..

muka kejung..acah-acah shomel..tuiiiii


HEY BUDAK SOMBONG!!!

HAK TUIII...itulah dia panggilan buat aku untuk orang yang first time jumpa aku..helllooooo...aku bukan sombong lah bro..haku kan PEMALU+PENYEGAN..so bila first time jumpa tu mulut berat sikitlah..tapi yang curiousnya bila dalam blog aku lah SYAITONNYA..pot pet pot pet non-stop..alahaiiii..normal lah tu..(statement cover)

aku memang tak sombong..tapi yg great tu tak sure..muehehehe

KLIK KLIK!!!

yeahhh..sebagai seorang remaja yang berwawasan tinggi lagi perasan..*kelip kelip mata*sudah menjadi lumrah kalau aku ni suka tangkap gambar..walaupun aku sedar tak secantik mana diri ini..hoiii..ade haku kesah..minat ni pun baru menempel dekat aku masa tu kalau tak silap aku baru tingkatan 4..alahai dek oiii..hingus pun tak kering lagi dah sibuk nak photography-photography bagai..sekarang ni pun aku still lagi tergedik-gedik bila tengok orang photoshoot..biasalah tu..pantang nampak kamera mula lah buat muka comel..harap-harap ada orang nak snap..puiiiiii...

teringin nak ada kemere cenggini..molek sungguh..

10 TAHUN AKAN DATANG..AKU...

berusia 28 tahun..bergelar seorang wanita..melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di peringkat MASTER..dan bakal menjadi seorang pensyarah dalam bidang tersebut..insyaallah..dan blog aku ni akan menjadi se"FAMES" dan se"GAH" blog FATIN LIYANA..AMINNN....dan agaknya lagi..masa umur aku dah masuk 28 tahun aku masih lagi belum berkahwin..yelah..cita-cita tu nombor satu..kumpul harta dan asset berharga nombor 2..kawen tu jatuh nombor 3..nampak sangat cliche ayat aku tu..haku kan suka berdramaaaaa...hadoyaiiii...

FATIN LIYANA

APA YANG MENARIK SANGAT BLOG NI???

apa yang menarik..blog aku ni bersih dari cerita-cerita politik yang aku sendiri tak paham..so kalau korang rasa nak cari entri pasal politik dekat blog aku ni harap maaf..sila angkat kaki kiri anda dan berlari mengelilingi PUTRAJAYA kerana aku memang tak minat politik,...selain tu..blog aku ni banyak cerita pasal diri aku yang tak berapa nak fames ni..pasal family aku..kawan-kawan dan perkara yang berlaku disekeliling aku...dan sudah semestinya dalam setiap entri aku akan mengarut dan merepek dan meraban..mohon maafkan saya..tiada paksaan sebenarnya kalau korang tak nak baca blog aku...sokeyyhh..(huwaaa..baca lah...)..



okehhh lah uolllsss...semoga uollssss semua suka dengan entri aku kali ni..alahaiiii...aku tau entri aku hari ni agak hareeemmmm sikit sebab kebosanan tapi tangan gatal nak update blog but at the end..idea nak update entri tarakkk..haisyyy..however peoples...thanks for reading..
XOXO

No comments:

Post a Comment